SERBA SEDIKIT MENGENAI BOLA BALING :
Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru.
Ia muladi perkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkanpada 11September 1985. Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982.Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987, permainan Bola Baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan kebangsaan di bawah kelolaan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985
dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan.
Dimaktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.PERALATAN DAN GELANGGANG Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakansukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk danjenis permainan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup.Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam satu pasukan.
Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang.
Padang atau Gelanggang:
- Mestilah mempunyai permukaan yang rata
- Padang berumput / gelanggang bersimen seperti di dalam dewan
- Padang hendaklah berbentuk segiempat
- Panjangnya 40 meter dan 20 meter lebar
- Keluasannya adalah dua kali lebih kecil daripada padang bola sepak
- Bola yang digunakan ialah lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring
- Bola berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang diwarnakan
CARA BERMAIN BOLA BALING
Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan.
Ia terdiri daripadatujuh orang untuk satu pasukan dan dimainkan di atas padang atau gelanggang tertutup.Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain untuk satu perlawanan.
Sebelum bermain,setiap pasukan hendaklah memastikan perkara-perkaraberikut
- Memakai pakaian jersi bernombor
- Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan
- Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal
- Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkanMemulakan Permainan•
Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain yang akan bermain pada permulaan permainan.•Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemainhendaklah berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliran memulakan permainan.Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masing-masing.
Lontaran pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel. Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama.Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira. Masa Permainan Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama 30 minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut :Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Masa permainan 30 minit dan 10 minit rehat. Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainanselama 20 minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.•
Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma. Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi separuh masa kedua. Permainanbiasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan.Adajuga perlawanan yang berakhir seri.
Kadang kalamasa tambahan lima minit bagisetiap separuh masa diberikan. Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling,melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut.Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkanmelantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam kedudukan berlari atauberdiri.Pemain bola baling dibenarkan :•Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara•
Memegang bola tidak melebihi tiga saat•Memindahkan bola dari tangan ke tangan•Menghantar bola dalam sebarang keadaanMembuat Jaringan Gol• Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan golpasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol• Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan•Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuatjaringanBalingan Bola ke Dalam•Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telahmelepasi bahagian garisan tepi•
Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang diberi peluang melakukan balingan•Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar,tetapi di penjurugelanggang atau kawasan perminan. Balingan Gol : Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukanlawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjagagol atau pasukan pertahanan.Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidakdibenarkan membuat jaringan daripada lontaran atau balingan gol.Balingan PercumaBalingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahan-kesalahan berikut :•Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah•
Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan•Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja•Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol•Kelakuan yang tidak sopan•Melakukan kesalahan semasa membuat balingan..Balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunyakesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingandibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripadapemain yang melakukan balingan percuma.